Tuesday, 18 September 2012

Kelahiran Anak Yang ke-2

Alhamdulillah. Semalam tepat pukul 3.27 ptg isteri aku selamat melahirkan bayi lelaki kami yg ke-2 seberat 3.66kg.

Syukur semuanya selamat. Pada mulanya isteri aku dijadualkan untuk bersalin secara normal. Tetapi disebabkan tekanan darah isteri aku yang naik mendadak sehingga 144 & kedudukan kepala bayi yg tidak turun ke bawah menyebabkan doktor mengambil keputusan utk membuat pembedahan bagi mengeluarkan bayi kerana risiko bersalin secara normal adalah tinggi.

Setelah bayi kami dikeluarkan dan dibersihkan, aku pun menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa mengazankan anak lelaki aku. Alhamdulillah ke hadrat Ilahi. Segalanya selamat.