Thursday, 31 December 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Dalam sekelip mata sahaja dah sampai ke tahun 2010. Rasa seperti baru je masuk tahun 2009 tapi dalam masa setahun ni tak banyak pencapaian yang  boleh aku banggakan. Tahun 2010 ni nampaknya aku kena berazam untuk berusaha lebih keras lagi daripada tahun-tahun yang lepas (28 tahun dah berlalu..).

Jadi tindakan aku lepas ni adalah membuat Penyata Misi (Mission Statement) bagi tahun 2010. Harap-harap setiap misi aku akan berjaya dicapai. Tapi sekarang aku masih belum ada mood nak buat penyata misi aku, jadi tunggu tahun depanlah aku buat (beberapa jam je lagi..hehe..).

Inilah cabaran-cabaran awal yang harus aku lalui bagi menghadapi segala batu penghalang setiap misi-misi aku. Jadi halangan-halangan yang sebenarnya ada di dalam diri aku sendiri. Musuh aku yang sebenarnya adalah diri aku sendiri! Dinding penghalang yang sangat tebal yang harus dirobohkan segera. Untuk berubah memerlukan masa tetapi aku akan pastikan akan ada perubahan walaupun sedikit.

Walaubagaimanapun, aku berazam tahun ini akan jadi lebih baik dari tahun sudah. Aku akan mencuba untuk membuat perkara-perkara baru dan mempelajari benda-benda baru.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010!


Tuesday, 29 December 2009

Muscle Diagram

Pernah tertanya-tanya macam mana bentuk otot-otot dalam badan kita? Berapa banyak otot-otot yang kita ada? Apa nama-nama otot-otot kita?

Inilah rupa otot-otot pada badan kita. Ada macam-macam nama yang agak saintifik. Jadi memang susah nak ingat. Tapi tak mengapa kalau terlupa boleh rujuk pada gambar ini.




Kalau nak lihat diagram yang lebih interaktif boleh la tengok di sini.
http://stepitupaz.com/muscleDiagram.html

Kenapa aku tiba-tiba je nak tahu pasal semua benda ni? Jawapannya saje je nak tahu sebab tak pernah ambil tahu.

Thursday, 17 December 2009

Selamat Tahun Baru 1431H

Selamat menyambut Tahun Baru 1431Hijrah. Semoga kita akan diberkati di tahun baru ini. Insyaallah.