Thursday, 31 December 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Dalam sekelip mata sahaja dah sampai ke tahun 2010. Rasa seperti baru je masuk tahun 2009 tapi dalam masa setahun ni tak banyak pencapaian yang  boleh aku banggakan. Tahun 2010 ni nampaknya aku kena berazam untuk berusaha lebih keras lagi daripada tahun-tahun yang lepas (28 tahun dah berlalu..).

Jadi tindakan aku lepas ni adalah membuat Penyata Misi (Mission Statement) bagi tahun 2010. Harap-harap setiap misi aku akan berjaya dicapai. Tapi sekarang aku masih belum ada mood nak buat penyata misi aku, jadi tunggu tahun depanlah aku buat (beberapa jam je lagi..hehe..).

Inilah cabaran-cabaran awal yang harus aku lalui bagi menghadapi segala batu penghalang setiap misi-misi aku. Jadi halangan-halangan yang sebenarnya ada di dalam diri aku sendiri. Musuh aku yang sebenarnya adalah diri aku sendiri! Dinding penghalang yang sangat tebal yang harus dirobohkan segera. Untuk berubah memerlukan masa tetapi aku akan pastikan akan ada perubahan walaupun sedikit.

Walaubagaimanapun, aku berazam tahun ini akan jadi lebih baik dari tahun sudah. Aku akan mencuba untuk membuat perkara-perkara baru dan mempelajari benda-benda baru.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010!


Tuesday, 29 December 2009

Muscle Diagram

Pernah tertanya-tanya macam mana bentuk otot-otot dalam badan kita? Berapa banyak otot-otot yang kita ada? Apa nama-nama otot-otot kita?

Inilah rupa otot-otot pada badan kita. Ada macam-macam nama yang agak saintifik. Jadi memang susah nak ingat. Tapi tak mengapa kalau terlupa boleh rujuk pada gambar ini.




Kalau nak lihat diagram yang lebih interaktif boleh la tengok di sini.
http://stepitupaz.com/muscleDiagram.html

Kenapa aku tiba-tiba je nak tahu pasal semua benda ni? Jawapannya saje je nak tahu sebab tak pernah ambil tahu.

Thursday, 17 December 2009

Selamat Tahun Baru 1431H

Selamat menyambut Tahun Baru 1431Hijrah. Semoga kita akan diberkati di tahun baru ini. Insyaallah.

Sunday, 8 November 2009

Membongkar Misteri Dajjal

"Membongkar Misteri Dajjal" adalah tajuk buku yang aku baca siang tadi. Alhamdulillah aku telah berjaya menghabiskannya dalam masa sehari je..:)

Buku ini adalah tulisan Saudara Muhamad Nurani Ma'arif. Buku ini telah menyentuh beberapa perkara yang menjadi persoalan kita semua. Penerangan mengenai Dajjal di dalam buku ini telah disokong oleh  beberapa hadis dan sumber rujukan daripada pengkaji Islam dan Barat.

Pada pendapat aku pengisian buku ini amat menarik untuk dibaca. Setiap isi disampaikan dalam bahasa yang mudah bagi merungkai segala persoalan mengenai Dajjal.

Jadi selepas membaca buku ini aku telah mendapat sedikit kefahaman mengenai beberapa perkara mengenai Dajjal & fitnah2 yang akan dibawa oleh Dajjal.

Jadi, aku mencadangkan buku ini bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Dajjal. Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini.

Wednesday, 16 September 2009

Who Wants To Be YouTubillionaire?

Untuk keperluan di masa-masa kebosanan. Tapi jangan sampai 'kantoi' dengan bos sudah la.


Haha..Satu permainan yang seronok.Game show yang ala-ala "Who Wants To Be A Millionaire". Yang paling best tu boleh la cuba talian hayat kalau tak tahu jawapannya. Selamat mencuba!

Thursday, 3 September 2009

Monday, 31 August 2009

Hari Kemerdekaan Ke-52

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52 kepada semua rakyat Malaysia.

Sunday, 30 August 2009

Harijadi aku ke-28

Arini (30 Ogos 2009) merupakan harijadi aku yg ke -28. .Tak perasan dah makin tua..

Semalam (27 Ogos 2009) aku baru je dapat sambungan internet yg stabil selepas pergi TM Point tukar modem yg rosak. .Nasib baik la dalam 'Warranty' lagi..Modem yg mula2 diorg bagi tu memang tak boleh pakai..Kejap je bleh dapat pakai internet..Pas buat aduan baru la dapat tukar yg baru..

Jadi pasni bleh la aku 'update' blog selalu..hehe..Ini merupakan nukilan pertama secara rasmi setelah mendapat Modem yg baru..


Monday, 20 October 2008

7 Tabiat Orang Yang Sangat Berkesan

Arini aku kena g training tentang 7 Tabiat Orang Yang Sangat Berkesan yang diadaptasi daripada "7 Habits of Effective Person" oleh Dr. Stephen R. Covey di Pusat Latihan FranklinCovey Malaysia, Petaling Jaya. Latihan ini adalah untuk 3 hari (20-22 Oct 2008).

Minggu lepas aku baru je abis training Basic Offshore Safety Emergency Training with Emergency Breathing System (BOSET with EBS) kat Akademi MAS, Kelana Jaya. Aku telah berjaya mengharungi latihan ni dengan jayanya..hehe..bukan susah sangat pun..tapi kalo kena betul-betul masa kecemasan..tak tau la..harap-harap sume boleh la membantu..

Tuesday, 2 October 2007

Kereta Jemy Kemek

Pada hari ini bertarikh 2 October 2007 (20th Ramadan 1428) lebih kurang pukul 10 malam selepas menunaikan solat terawikh kat Wangsa Maju aku hantar Jemy ke Maybank Sri Gombak untuk mengeluarkan duit. Selepas menurunkan Jemy, aku terpaksa membuat satu pusingan kerana tiada tempat untuk park kereta. Aku pun drive kereta dengan agak perlahan. Bila aku nampak je dia keluar dari Maybank tu aku pun bergegas la nak ambil dia.

Masa nak masuk ke simpang tu ada sebuah kereta Nissan Sentra yang dipandu oleh seorang mamat ni teragak-agak nak keluar simpang tu. Aku pun terus je masuk simpang tu bila dia keluar tanpa menoleh ke sebelah kiri. Tetiba aku terdengar sesuatu bunyi yang kuat kat sebelah kiri pintu belakang. Aku rasa seolah-olah macam tau je yang aku dah terhimpit 4WD yang parking kat situ.

Selepas ambil Jemy aku rasa cam tau je yang aku dah kemekkan kete Bucux. So aku park kereta depan Pasaraya Wasbudi untuk meneliti kerosakan yang telah disebabkan oleh aku. Rupa-rupanya kerosakan itu agak teruk la jugak. So time tengah miskin ni la pulak aku buat hal. Padahal selalu tu takde pun nak jadi camni.

Hajat hati pastu nak gi Giant Batu Caves nak gi beli Milo sebab sok nak sahur xde lak air panas nak minum. Tapi dah kena camni hati pun rasa sedih sebab aku dah kemekkan kereta dia. Sian Jemy, kereta tu dah la tak cukup setahun lagi dah kemek. Ni memang salah aku.

Jemy, minta maaf banyak-banyak eh..Huhu..
(",)

Friday, 31 August 2007

My First Blog

Today is August 30 which means my 26th birthday and at the same time I'm posting my first blog here. It's just a number but I'm still remain the same.